Ulat Maggot
Bila tengok video tentang maggot ini Madre teringat masa mula-mula
bekerja di ladang lembu Institut Haiwan Kluang, Johor kira-kira 20 tahun
dulu. Masa tu Madre ditugaskan membantu Dr. Borhan merawat lembu-lembu
tenusu yang luka akibat tersangkut pagar duri semasa meragut rumput.Luka
tersebut menjadi tempat bertelur sejenis lalat Chrysomya bezziana
. Madre sangat ingat dengan nama saintifik
lalat tersebut kerana pada
masa itu nama Ziana Zain memang sangat popular jadi senang buat macam
peta minda pula. Selepas melakukan kerja-kerja rawatan luka berulat
tersebut Madre tak lalu nak makan nasi hampir seminggu sebab
terbayang-bayangkan ulat maggot yang terpaksa dikeluarkan dari luka
tersebut.Fuhhh..ulat-ulat tersebut kelihatan betul-betul macam nasi
beras wangi dengan bau hanyir luka dan ulat mengemut-ngemut giteww
sangat memualkan tekak, wekkk!.Pasal tu lah Madre tak layak jadi pegawai
veterinar kan? Tapi Madre sangat-sangat "respect" kat Dr. Borhan tu
sebab Madre lihat dia dengan selamba saja melakukan rawatan mengeluarkan
ulat-ulat maggot dengan tangannya tanpa menggunakan "glove". Kalau
biasanya orang menggunakan forsep untuk tarik keluarkan ulat-ulat
tersebut tapi Dr. Borhan hanya menggunakan jarinya sahaja. Patut lah
pun, nak jadi doktor mana boleh rasa geli ke atau takut dengan
benda-benda macam itu.
0 komentar: